11 November 2016 - 18:11
Trump Dakwa Media Hasut Rakyat Untuk Berdemo.

Presiden A.S yang baru dipilih, Donald Trump mendakwa bahawa pihak media cuba menghasut rakyat awam untuk turun ke jalan raya dan mengadakan protes terhadap pemilihan beliau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden A.S yang baru dipilih, Donald Trump mendakwa bahawa pihak media cuba menghasut rakyat awam untuk turun ke jalan raya dan mengadakan protes terhadap pemilihan beliau.

"Baru sahaja menamatkan pilihan raya presiden yang terbuka dan berjaya. Sekarang penunjuk perasaan 'professional' yang dihasut oleh media sedang berdemo. Sangat tidak adil," tulis beliau dalam laman sosial.

Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada hari Rabu dengan memperolehi 290 badan perwakilan. Sebanyak 270 badan perwakilan diperlukan oleh seseorang calon untuk diisytiharkan sebagai pemenang.

Pada hari Khamis lepas, Trump bertemu dengan Barrack Obama di Rumah Putih untuk berbincang tentang proses pemindahan kuasa.

"Hari yang sangat hebat di D.C. Saya telah berjumpa dengan Presiden Obama untuk kali yang pertama. Sebuah mesyuarat yang baik, sebuah jalinan yang bagus. Melania (isteri Trump) sangat menyukai Puan Obama!" komen beliau di dalam laman sosial selepas pertemuan tersebut.

Presiden Obama telah menyeru setiap rakyat Amerika untuk bersatu selepas pilihan raya presiden dan beliau sendiri berjanji akan bekerja sama dengan Trump sepanjang tempoh peralihan kuasa.